aku tersasar,jauh.
Alhamdulillah,aku dapat kembali.
dalam keadaan yang hina tapi Allah tak pernah menolak hambanya.
Percayalah,Allah takkan membiarkan hambaNya sekelip mata.
aku cuba istiqomah.
perkara yang paling susah,adalah istiqomah.
bagi aku,jihad dalam diri sendiri itu jihad yang sebenar.
sedang beristiqomah,
kehidupan,habit yang lama terus memanggil-manggil.
aku tahu pasti ada yang tak kena dengan solat yang didirikan.
kalau solat sempurna,insyaAllah
diri akan sentiasa dekat dengan Allah.
jadi aku tekad untuk memperbaiki.
dari hari ke hari aku menyesali perbuatan/dosa yang dilakukan
mesti diiringi keazaman untuk tak mengulanginya.
kalau malas nak buat solat taubah,memperbanyakkan istighfar.
dah tiga bulan aku mencari diri yang sebenar
tanpa roh yang selalu mengajak aku ke arah kebaikan
sebab roh tu hanya ada di tempat study aku.
sabariah yang memanggilnya sebagai roh.
ada yang aku dapat kekalkan,ada yang tidak.
sekarang,masa untuk aku usaha lagi.
supaya tak menjadi hambaNya yang lalai dan alpa.
Sebab kehidupan selepas dunia itu pasti,
begitu juga janji Allah kepada hamba-hamba Nya.
No comments:
Post a Comment