Sunday, 21 July 2013

Fuyyoohh Ramadhaan !



banyak benda yang aku nak tulis/share/luah.tapi macam biasa , aku tak tahu nak mula macam mana dan dari mana.k.


dah nak dekat sebulan aku buad part time dekat satu tempat ni.dua minggu pertama boleh nak dikatakan taff tapi aku masih boleh redah.Cuma adela jugak aku macam terikut dorang sesikit.Iman tak cukup kuat.Subhanallah.
Ramadhan ni ohsemm sangat bagi aku.salah satunya aku dapat experience hidup baru bersama kawan kawan baru.semalam memang best.bukak puasa sesama besila atas lantai.watlek wat cool.Hah

Sekarang aku dah faham mengapa Allah hantar member sebelah aku yang tgh tidur ni.dan mengapa Allah hantar aku kepada dia.mengapa Allah jodoh kan kami berdua.
apa yang aku realize , Allah nak aku stabilkan diri balik dan mula balik aktiviti kat campus dulu.
seronok tarik orang promote Islam dan dekat dengan Allah.seronok dia cuma orang yang lalui saja tahu macam mana rasanya.Rasa dia bukan macam makan masak lemak cili api boleh bagi tau orang pedas ke masin ke ape.rasa dia kena RASA dulu baru tahu.aku bersyukur ke hadrat Ilahi.Allah bagi aku peluang untuk merasa dan melihat banyaknya jenis manusia dalam dunia.supaya aku ambil pengajaran.
syukur.


*******

WEH,CHILLEX AH,INI KEYY ELL LAH !

aku memang tak aspect suasana part time aku macam suasana campus aku.amalkan cara Islam.
cuma aku tak tersangka sedahsyat ini.
Boleh kira pakai jari orang yang solat.
Kalau nak solat kadang kadang dipertikai dan diperli.
Kalau selalu memang gua dah chau dari situ.Tapi kadang kadang gua tepis perlian-perlian depa dengan berhemah.
start aku kerja untuk Ramadhan ni paling mencabar.ramai yang makan watlek je.
minum depan kitaorang yang puasa.Kalau perempuan,Alhamdulillah,aku masih boleh husnulzhon.
tapi kalau lelaki ? isk isk.aku sedih. sangat.
aku cuma mampu benci dalam hati dan doakan supaya Allah kurniakan depa semua hidayah sebelum depa mati dan sebelum qiyamat.

ada yang siap ajak membe aku makan.bila membe aku cakap,
'eh , aku puasa.'
depa jawab,
'watlek a.ini KEY ELL bro'.
bila aku dengar membe aku cerita aku nak gelak pun ada.
neraka bukan kenal kau orang perak ke kelantan ke kedah ke orang putih ke.

ada jugak depan gua.
minum lepastu cakap 'eh terminum'.
aku terus terfikir macam ni.
nanti kat akhirat Allah pun cakap 
'eh tercampak dalam neraka'
Subhanallah
Mashaa Allah.
May Allah guide them.


aku rasa macam rugi sangat depa tak puasa.sebab memang terpancar kegembiraan dekat muka  orang yang berpuasa waktu bukak puasa. heaven gila.
rugi dorang tak dapat rasa.
rugi sangat.



Ramadhan kali ni datang dengan penuh pengajaran untuk aku ambil.
aku sedar,Allah nak aku tengok.
Alhamdulillah selepas mempraktikkan lecture Ustad Nouman,
aku dah boleh repair relation gua dengan mad'u gua dalam rumah ni.

bak kata budak tomato ni,
'Dakwah tarbiyah ni jalannya payah. Sempit dan susah. Bukan jalan-jalan mudah yang indah.'

jadi aku kena banyak bersabar.
aku pernah terfikir,macam mana kehidupan manusia dekat bumi ni kalau Allah paparkan screen LCD sebesar langit ni and tayang scenery Heaven and Hell.
apa yang kita sebagai manusia akan buat setiap hari ?
Sebab tu syurga hanya untuk manusia yang percayakan al-ghaybiyyah(perkara-perkara ghaib).


best wo bercinta dengan Allah berbanding bercinta dengan hambaNya.
resah gelisah hilang.
kalau nak contact Allah memang kene topup.tapi tak payah pakai duit.pakai effort.kena rajin topup ibadah,kasik lagi dekat dengan Allah.
tak ke jimat kat situ.
kalau bercinta dengan hambaNya kena topup selalu tanya khabar.
aku tak kutuk orang yang bercinta.
boleh pe bercinta dalam Islam.kalau kena gayanya lahh.
kecewa pun mustahil kita dapat sebab apa yang Allah bagi semuanya membahagiakan.
Subhanallah,syiokk kann ?

Kita wajib gerakkan Islam kat mana pun kita ada.aku harap,aku selalu ingat benda ni.
sebab janji Allah itu pasti.dan janji Allah semua nya best best.
siapa yang taknak ! Haha


tetiba aku teringat pasai Nazirah punya tazkirah dalam kelas coding pasai 

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah Di Padang Mahsyar:-


1. Pemuda yang sentiasa mengerjakan ibadah

2. Orang yang dipujuk berzina oleh perempuan cantik dan rupawan tetapi menolaknya

3. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah


4. Pemerintah yang adil

5. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid

6. Orang yang banyak besedekah dengan ikhlas

7. Orang yang selalu mengingati Allah dan bertaubat atas segala dosa-dosanya



 


Sarah selalu ajak aku buat fast track dulu.aku pun cakapla,'aku ni tak pandai macam korang'.
dia cakap fast track ni tak payah pandai cuma effort dan semangat yang tinggi je.
rupa-rupanya Sarah tengah cakap pasai golongan nombor 1.
bayangkan betapa peritnya mahsyar.tapi kita dapat lepas.
best kan.teringin nya aku. Hmm









No comments:

Post a Comment