Tuesday 23 July 2013

lepas taraweeh aku selalu ada feeling nak minum la,nak makan la. ngade.
so aku singgah kedai runcit mamak dekat dengan rumah.

*bukak tin , bubuh straw* boleh kata 5 kali lebih sedutan penuh feeling , menghabiskan Red Bull kelabu yang less sugar aku beli kat mamak tadi. aku masih tersenyum sorang-sorang teringat kat makcik dekat masjid tadi.


Hari pertama sampai kelima Ramadhan aku pergi masjid untuk taraweeh,bahagian muslimah boleh tahan penuh. sampai aku kena solat saf paling belakang , kalau bagi salam first thing yang aku nampak adalah kasut-kasut.

Lain pulak cerita harini.aku selalu masuk ikut pintu sama.then aku carik saf muslimah, takde. aku nak gelak pun ada. aku fikir mana hilang saf-saf wanita kat sini.rupanya, dekat dalam. aku kurang sure sama ada dah pindah , atau memang ada dari dulu tapi aku tak tahu.
Aku memang selalu gerak sorang. bukan aku nafsi-nafsi nak kejar pahala , aku dah ajak. kekadang bunyiknyaa macam malas. Jadi, aku terus kan aje langkah aku ke masjid sorang-sorang.  takpe , esuk aku ajak lagi.

Aku kurang minat dengan konsep malas nak pergi sebab takde  geng/membe/saing. kalau dah pergi, duduk dalam masjid , in shaa Allah dapat kawan baru. Sebab tu pentingnya jemaah. ianya membina ukhuwah tanpa kita sedar.
Tapi itu lah , aku memang fail dalam mengingat nama orang yang aku jarang jumpa. short memory nenek ni.
pernah aku jumpa orang dekat shopping mall first met kami di masjid. aku ber saya , awak dengan dia aje.
aku memang lupa namanya. Maafkan ana. Sangat.

Kalau pergi masjid macam dah trend kita akan jumpa memacam jenis manusia.
Salah satunya macam makcik tadi ni.*tersenyum lagi*
waktu tu saf dah agak banyak. jadi aku bentang sejadah duduk belakang makcik ni.dia tak bagi orang duduk tepi dia sebab tempat orang nak lalu katanya. waktu solat dah nak bermula, dia suruh aku pergi penuhkan saf depan. aku baru nak gerak,dah ada sorang sister ni penuhkan saf itu,Alhamdulillah. 
aku dapat jelingan dari makcik ni.aku senyum aje lah. Hormat.
aku letak beg aku yang terisi few belongings gua kat belakang makcik ni then after sapu muka lepas bagi salam dia menepis beg aku sehingga tercampak sedikit. *Senyum lagi*

pernah aku pergi solat di masjid yang sama waktu bulan bukan Ramadhan , aku dipandang pelik oleh sekumpulan makcik disitu. Perasaan yang memacam mulai lah timbul dalam fikiran gua. gua salah pakai baju ke guane ?
rupa-rupanya itu memang habit mereka sebab selama ni mereka aje yang mengimarahkan masjid itu.
tiba-tiba datang future generation. depa mungkin pelik. Jangan pelik acik-acik sekalian. masih ada golongan muda seperti saya yang cintakan rumah Allah.

lepas solat lagi satu habit.pernah aku terdengar cerita pasai penjual nasik lemak tepi jalan tu.
*tergelak* 
rugi cerita benda sia-sia dalam masjid ni. Amalan ditolak nanti. Rugi saje. Banyakkan zikir dan berdoa.

satu yang best pasal masjid.
Hati gua tenang sangat bila duduk dalam masjid. It feels like I belong to this place.
Selalu kalau nampak mana-mana masjid dari luar , 'wahh, cantiknyaa'.
tapi kalau masuk Subhanallah lagi cantikkk. dengan ukiran Asma Ul Husna dekat kubah dari dalam.
Walaupun itu arkitek yang reka,feeling dia bila aku tengok semua ukiran tu tetap mengagungkan Allah sebab Allah bagi arkitek-arkitek ni idea untuk design secantik tu.

gua ada simpan cita-cita.
Kalau nanti lagi 4 5 6 tahun lepas gua dah kerja, dah kaya, in shaa Allah.gua nak keliling dunia pergi semua masjid kat negeri orang dan tangkat gambar dan buat buku dengan gambar-gambar tu.Hehehe


syukur gila harini, gua solat sebelah makcik yang sangat best dan peramah. Semoga kita jumpa lagi bebila ye makcik !

semua yang aku cakap pesanan untuk aku , aku , ana , saya , I dan untuk semua. Samalah orang cakap kalau menuding jari lagi empat jari kena dekat diri sendiri.

syukur aku kehadrat Ilahi sebab aku kurang dapat job bulan puasa ni.Allah tahu yang aku nak menghayati Ramadhan kalini. manalah tahu menjadi Ramadhan terakhir aku. Mati datang bebila. Tak kira berapa kali Ramadhan aku/kau/kita dah lalui. aku nekad nak menuntut lebih.
bak kata ulama' , "kalau nak kuasai dunia, kuasailah ilmu. kalau nak kuasai akhirat, kuasailah jugak ilmu".
dunia akhirat ilmu sangat penting untuk kita. membezakan orang yang tahu dan tak tahu . 
Dalam quran pun Allah banyak mention pengajaran yang Allah bagi , untuk mereka yang berfikir.
orang yang menuntut ilmu mereka suka berfikir. Harap kita semua dalam golongan ini.

in shaa Allah . ada lagi dua minggu lebih untuk berpuasa. Sepuluh malam terakhir pun nak dekat dah. Fastabiqul Khairot. mari - mari .
Jom berkejar-kejar untuk dapat malam lailatul qadar.

in shaa Allah

sila tengok video ni.mereka ni genius !







No comments:

Post a Comment