Friday, 18 May 2012

Na'uzubillah

Assalam'alaykum,

Aku baru lepas tengok rancangan apa entah tajuknya dekat TV al-Hijrah.aku lupa tajuk programnya tu. Sebab mata aku terkebil-kebil tengok apa yang dah jadi dengan negara Arab sekarang.Na'uzubillah,mesti banyak  bermain dekat kepala kita soalan kenapa ,kenapa dan kenapa ? Arab negara terawal yang Rasulullah s.a.w takluki tak silap aku.Kembangkan agama suci,Islam dekat sana.Bayangkan kalau sejarah dulu,macam mana susah Nabi dan para sahabat berperang untuk menyebarkan agama kita.dan sekarang agama Islam sangat dipandang remeh.Aku sampa menangis tengok apa yang depa tunjuk tadi,sangat kejam.Terutama Syria , yang tiba-tiba jadi huru-hara.sangat kesian dengan mereka umat Islam yang terseksa dengan kezaliman pemimpin mereka di sana.

InsyaAllah , kita sama sama bersatu mendoakan mereka disana.Umat Islam bersatu itu adalah perkara yang amat ditakuti oleh Yahudi Laknatullah.Yahudi sendiri mengaku,mereka hanya takut bila umat Islam bersatu. dan Yahudi Laknatullah , depa habaq lagi, depa sangat takut bila 'jumlah jemaah Solat Subuh umat Islam melebihi jumlah jemaah Solat Jumaat'.sayangnya , kita sebagai umat Islam sendiri banyak yang tumbang dengan syaitan yang bergayut dekat mata.aku habaq orang , aku pun sama.sebab itu kita kena sama sama bangun subuh, dan solat subuh.Langkah seterusnya , kita cuba mendirikannya secara berjemaah.Biaq orang Yahudi ni 'goy' sikit.

Memang sesuatu yang kita semua kena terima , sahabat.Hari qiamat semakin hampir dengan kita.Cetusnya peperangan sesama umat Islam,perpecahan sesama kita , buad musuh gelak berdekah-dekah diiringi syaitan.
Tapi selagi boleh kita berjuang,walaupun sedikit , kita sama sama cuba menghidupkan Islam.InsyaAllah , Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Pengasih.terlalu sibuk dengan hal duniawi pun tak boleh jugak , sebab kita akan hidup selama-lamanya dekat Akhirat sana.InsyaAllah(:

No comments:

Post a Comment