Tuesday, 23 July 2013

lepas taraweeh aku selalu ada feeling nak minum la,nak makan la. ngade.
so aku singgah kedai runcit mamak dekat dengan rumah.

*bukak tin , bubuh straw* boleh kata 5 kali lebih sedutan penuh feeling , menghabiskan Red Bull kelabu yang less sugar aku beli kat mamak tadi. aku masih tersenyum sorang-sorang teringat kat makcik dekat masjid tadi.


Hari pertama sampai kelima Ramadhan aku pergi masjid untuk taraweeh,bahagian muslimah boleh tahan penuh. sampai aku kena solat saf paling belakang , kalau bagi salam first thing yang aku nampak adalah kasut-kasut.

Lain pulak cerita harini.aku selalu masuk ikut pintu sama.then aku carik saf muslimah, takde. aku nak gelak pun ada. aku fikir mana hilang saf-saf wanita kat sini.rupanya, dekat dalam. aku kurang sure sama ada dah pindah , atau memang ada dari dulu tapi aku tak tahu.
Aku memang selalu gerak sorang. bukan aku nafsi-nafsi nak kejar pahala , aku dah ajak. kekadang bunyiknyaa macam malas. Jadi, aku terus kan aje langkah aku ke masjid sorang-sorang.  takpe , esuk aku ajak lagi.

Aku kurang minat dengan konsep malas nak pergi sebab takde  geng/membe/saing. kalau dah pergi, duduk dalam masjid , in shaa Allah dapat kawan baru. Sebab tu pentingnya jemaah. ianya membina ukhuwah tanpa kita sedar.
Tapi itu lah , aku memang fail dalam mengingat nama orang yang aku jarang jumpa. short memory nenek ni.
pernah aku jumpa orang dekat shopping mall first met kami di masjid. aku ber saya , awak dengan dia aje.
aku memang lupa namanya. Maafkan ana. Sangat.

Kalau pergi masjid macam dah trend kita akan jumpa memacam jenis manusia.
Salah satunya macam makcik tadi ni.*tersenyum lagi*
waktu tu saf dah agak banyak. jadi aku bentang sejadah duduk belakang makcik ni.dia tak bagi orang duduk tepi dia sebab tempat orang nak lalu katanya. waktu solat dah nak bermula, dia suruh aku pergi penuhkan saf depan. aku baru nak gerak,dah ada sorang sister ni penuhkan saf itu,Alhamdulillah. 
aku dapat jelingan dari makcik ni.aku senyum aje lah. Hormat.
aku letak beg aku yang terisi few belongings gua kat belakang makcik ni then after sapu muka lepas bagi salam dia menepis beg aku sehingga tercampak sedikit. *Senyum lagi*

pernah aku pergi solat di masjid yang sama waktu bulan bukan Ramadhan , aku dipandang pelik oleh sekumpulan makcik disitu. Perasaan yang memacam mulai lah timbul dalam fikiran gua. gua salah pakai baju ke guane ?
rupa-rupanya itu memang habit mereka sebab selama ni mereka aje yang mengimarahkan masjid itu.
tiba-tiba datang future generation. depa mungkin pelik. Jangan pelik acik-acik sekalian. masih ada golongan muda seperti saya yang cintakan rumah Allah.

lepas solat lagi satu habit.pernah aku terdengar cerita pasai penjual nasik lemak tepi jalan tu.
*tergelak* 
rugi cerita benda sia-sia dalam masjid ni. Amalan ditolak nanti. Rugi saje. Banyakkan zikir dan berdoa.

satu yang best pasal masjid.
Hati gua tenang sangat bila duduk dalam masjid. It feels like I belong to this place.
Selalu kalau nampak mana-mana masjid dari luar , 'wahh, cantiknyaa'.
tapi kalau masuk Subhanallah lagi cantikkk. dengan ukiran Asma Ul Husna dekat kubah dari dalam.
Walaupun itu arkitek yang reka,feeling dia bila aku tengok semua ukiran tu tetap mengagungkan Allah sebab Allah bagi arkitek-arkitek ni idea untuk design secantik tu.

gua ada simpan cita-cita.
Kalau nanti lagi 4 5 6 tahun lepas gua dah kerja, dah kaya, in shaa Allah.gua nak keliling dunia pergi semua masjid kat negeri orang dan tangkat gambar dan buat buku dengan gambar-gambar tu.Hehehe


syukur gila harini, gua solat sebelah makcik yang sangat best dan peramah. Semoga kita jumpa lagi bebila ye makcik !

semua yang aku cakap pesanan untuk aku , aku , ana , saya , I dan untuk semua. Samalah orang cakap kalau menuding jari lagi empat jari kena dekat diri sendiri.

syukur aku kehadrat Ilahi sebab aku kurang dapat job bulan puasa ni.Allah tahu yang aku nak menghayati Ramadhan kalini. manalah tahu menjadi Ramadhan terakhir aku. Mati datang bebila. Tak kira berapa kali Ramadhan aku/kau/kita dah lalui. aku nekad nak menuntut lebih.
bak kata ulama' , "kalau nak kuasai dunia, kuasailah ilmu. kalau nak kuasai akhirat, kuasailah jugak ilmu".
dunia akhirat ilmu sangat penting untuk kita. membezakan orang yang tahu dan tak tahu . 
Dalam quran pun Allah banyak mention pengajaran yang Allah bagi , untuk mereka yang berfikir.
orang yang menuntut ilmu mereka suka berfikir. Harap kita semua dalam golongan ini.

in shaa Allah . ada lagi dua minggu lebih untuk berpuasa. Sepuluh malam terakhir pun nak dekat dah. Fastabiqul Khairot. mari - mari .
Jom berkejar-kejar untuk dapat malam lailatul qadar.

in shaa Allah

sila tengok video ni.mereka ni genius !







Sunday, 21 July 2013

Fuyyoohh Ramadhaan !



banyak benda yang aku nak tulis/share/luah.tapi macam biasa , aku tak tahu nak mula macam mana dan dari mana.k.


dah nak dekat sebulan aku buad part time dekat satu tempat ni.dua minggu pertama boleh nak dikatakan taff tapi aku masih boleh redah.Cuma adela jugak aku macam terikut dorang sesikit.Iman tak cukup kuat.Subhanallah.
Ramadhan ni ohsemm sangat bagi aku.salah satunya aku dapat experience hidup baru bersama kawan kawan baru.semalam memang best.bukak puasa sesama besila atas lantai.watlek wat cool.Hah

Sekarang aku dah faham mengapa Allah hantar member sebelah aku yang tgh tidur ni.dan mengapa Allah hantar aku kepada dia.mengapa Allah jodoh kan kami berdua.
apa yang aku realize , Allah nak aku stabilkan diri balik dan mula balik aktiviti kat campus dulu.
seronok tarik orang promote Islam dan dekat dengan Allah.seronok dia cuma orang yang lalui saja tahu macam mana rasanya.Rasa dia bukan macam makan masak lemak cili api boleh bagi tau orang pedas ke masin ke ape.rasa dia kena RASA dulu baru tahu.aku bersyukur ke hadrat Ilahi.Allah bagi aku peluang untuk merasa dan melihat banyaknya jenis manusia dalam dunia.supaya aku ambil pengajaran.
syukur.


*******

WEH,CHILLEX AH,INI KEYY ELL LAH !

aku memang tak aspect suasana part time aku macam suasana campus aku.amalkan cara Islam.
cuma aku tak tersangka sedahsyat ini.
Boleh kira pakai jari orang yang solat.
Kalau nak solat kadang kadang dipertikai dan diperli.
Kalau selalu memang gua dah chau dari situ.Tapi kadang kadang gua tepis perlian-perlian depa dengan berhemah.
start aku kerja untuk Ramadhan ni paling mencabar.ramai yang makan watlek je.
minum depan kitaorang yang puasa.Kalau perempuan,Alhamdulillah,aku masih boleh husnulzhon.
tapi kalau lelaki ? isk isk.aku sedih. sangat.
aku cuma mampu benci dalam hati dan doakan supaya Allah kurniakan depa semua hidayah sebelum depa mati dan sebelum qiyamat.

ada yang siap ajak membe aku makan.bila membe aku cakap,
'eh , aku puasa.'
depa jawab,
'watlek a.ini KEY ELL bro'.
bila aku dengar membe aku cerita aku nak gelak pun ada.
neraka bukan kenal kau orang perak ke kelantan ke kedah ke orang putih ke.

ada jugak depan gua.
minum lepastu cakap 'eh terminum'.
aku terus terfikir macam ni.
nanti kat akhirat Allah pun cakap 
'eh tercampak dalam neraka'
Subhanallah
Mashaa Allah.
May Allah guide them.


aku rasa macam rugi sangat depa tak puasa.sebab memang terpancar kegembiraan dekat muka  orang yang berpuasa waktu bukak puasa. heaven gila.
rugi dorang tak dapat rasa.
rugi sangat.



Ramadhan kali ni datang dengan penuh pengajaran untuk aku ambil.
aku sedar,Allah nak aku tengok.
Alhamdulillah selepas mempraktikkan lecture Ustad Nouman,
aku dah boleh repair relation gua dengan mad'u gua dalam rumah ni.

bak kata budak tomato ni,
'Dakwah tarbiyah ni jalannya payah. Sempit dan susah. Bukan jalan-jalan mudah yang indah.'

jadi aku kena banyak bersabar.
aku pernah terfikir,macam mana kehidupan manusia dekat bumi ni kalau Allah paparkan screen LCD sebesar langit ni and tayang scenery Heaven and Hell.
apa yang kita sebagai manusia akan buat setiap hari ?
Sebab tu syurga hanya untuk manusia yang percayakan al-ghaybiyyah(perkara-perkara ghaib).


best wo bercinta dengan Allah berbanding bercinta dengan hambaNya.
resah gelisah hilang.
kalau nak contact Allah memang kene topup.tapi tak payah pakai duit.pakai effort.kena rajin topup ibadah,kasik lagi dekat dengan Allah.
tak ke jimat kat situ.
kalau bercinta dengan hambaNya kena topup selalu tanya khabar.
aku tak kutuk orang yang bercinta.
boleh pe bercinta dalam Islam.kalau kena gayanya lahh.
kecewa pun mustahil kita dapat sebab apa yang Allah bagi semuanya membahagiakan.
Subhanallah,syiokk kann ?

Kita wajib gerakkan Islam kat mana pun kita ada.aku harap,aku selalu ingat benda ni.
sebab janji Allah itu pasti.dan janji Allah semua nya best best.
siapa yang taknak ! Haha


tetiba aku teringat pasai Nazirah punya tazkirah dalam kelas coding pasai 

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah Di Padang Mahsyar:-


1. Pemuda yang sentiasa mengerjakan ibadah

2. Orang yang dipujuk berzina oleh perempuan cantik dan rupawan tetapi menolaknya

3. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah


4. Pemerintah yang adil

5. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid

6. Orang yang banyak besedekah dengan ikhlas

7. Orang yang selalu mengingati Allah dan bertaubat atas segala dosa-dosanya



 


Sarah selalu ajak aku buat fast track dulu.aku pun cakapla,'aku ni tak pandai macam korang'.
dia cakap fast track ni tak payah pandai cuma effort dan semangat yang tinggi je.
rupa-rupanya Sarah tengah cakap pasai golongan nombor 1.
bayangkan betapa peritnya mahsyar.tapi kita dapat lepas.
best kan.teringin nya aku. Hmm









Wednesday, 17 July 2013

Ghindu



Izzah ada tanya aku,'kenapa muallaf lagi sayang Islam daripada orang yang memang Islam dari lahir lagi ?
dulu aku pun selalu conjugate dalam kepala soalan yang sama.aku tengok muallaf lagi alim daripada kita kita ni.Subhanallah.Alhamdulillah,Allah tu Maha Tahu apa yang bermain dalam kepala.Allah bagi jawapan tu dalam mendetikkan hati aku supaya tengok The Deen Show Fatih Seferagic.Aku memang minat dia.Bukan minat nak buat suami tapi sebagai inspiration untuk jadi macam dia.Seumur yang muda 30 juzuk di dada.Style.

Jawapan dia,ibarat 'orang yang hidup susah then work hard tetiba jumpa sejongkong emas.Then , dari sejongkong emas tu dia berusaha supaya gain lagi berjongkong-jongkong.Daripada orang yang memang dah hidup dalam berjongkong-jongkong emas.celik mata emas sana sini'.So,they don't appreaciate.Berbanding dengan orang yang berusaha tadi.Macam nak samalah dengan muallaf tadi.
Bertahun hidup dalam kegelapan.Bila Allah kurniakan Hidayah,depa work hard to get closer to Allah.


Senang cerita apa yang diusahakan dengan penat walau takde lelah,Alhamdulillah takde lelah.Orang tu akan bersyukur and get to appreaciate something they gain/got.Macam aku susah payah buat software waktu belajaq coding dulu.Walaupun output dia cikai tapi aku tetap simpan,sebab sayang wo.Susah wo coding tu.

* * * * *

Bro.Nouman Ali Khan

Alhamdulillah,akhirnya doa aku diqabulkan Allah untuk nak dengar lecture dia secara live.Dia bakal datang M'sia.Hehe tak sabaq ni !
Aku baru donlod a few lecture dia kat youtube tu yang semua duration nya sejam lebih.Tapi takpe.
Lecture dia best , sebab tu gua sanggup tunggu.
Memula aku dengar lecture dia start dengan kakak aku yang suruh aku replace semua lagu hardcore aku dengan lecture Ustaz ni.Zaman Jahiliyyah, *pheww pheww*.
Boleh tahan perli kakak aku ni.Aku reply dengan senyum sinis reply balik perli dia.
Tapi bila start dengar,Subhanallah.
Sekarang cita cita aku nak jadi macam Brother Nouman ni.


Al-Furqon

a few ayah yang terakhir kami student uia kena hapai untuk exam.Then waktu tu aku hapai buta buta je.Janji dapat full mark.Alhamdulillah,lagi satu nak full mark.
Ustazah ada jugak bagi keterangan.Tapi vid Bro Nouman baru-baru ni terangkan balik ayat2 ni.
Bulat mata aku terbukak.Boleh nak dikata setiap words dia cakap buat aku makan cili.
Kalau dalam scope Daie' ni aku masih beginner.Banyak sangat yang nak kena repair.
Salah satunya kena banyak BERSABAR,BERLEMBUT dengan Mad'u dalam rumah aku ni.
Lawan tidur dan constant Qiyam.Macam yang aku cakap dulu.
Istiqomah tu payah.
payah benar.
Hebat bagi orang yang dapat maintain.*tabik*




Aku nak usaha jadi macam Bro Nouman ni.Usaha gila gila supaya muslim faham Arabic dan faham dan dekat dengan Quran.Subhanallah,murni kan niat dia ?
Aku tahu kalau nak cakap bidang,memang jauh menyimpang.Tapi aku berpegang dengan 'Innama a'malu binniah'.
In shaa Allah, Allah Maha Tahu apa yang aku niatkan untuk further dalam Arabic.
Dapat tolong diri sendiri dan orang lain jugak In shaa Allah.


* * * * *

Untuk Kita Pendosa,Harapan Masih Ada

ohh haii.Tajuk buku siapa lah ni kan.Hilal Asyraf lah semestinya.Bulan Syaa'ban yang sangat best dikurniakan Allah aku terjumpa balik member lama yang kini jugak team Hijrah macam kita kita.
Aku ada share yang aku dah macam lost semenjak start kerja ni.Then dia rekemen buku ni.
Hilal ni ada datang Pj waktu aku masih kat sana.Terus terang aku tak minat dia sangat waktu tu.
Takde reason pun aku tak minat dia.Jahat kan ?
Kalau tadi vid Bro Nouman buat aku makan cili.Ini penulisan Hilal buat aku makan cabai pulak.
Boleh nak dikatakan setiap helaian muka surat aku baca terpalit dekat diri sendiri.
Dah kata pendosa.Siapa je yang free from sin kecuali Nabi-nabi dan Rasul.
Kalau ada yang baca tapi takde apa apa feel tu jangan perasan k.
Kau akan faham maksud buku ni in the future.
kita semua tak terlepas dari dosa.
Allah lah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah,masih ada harapan.Jom taubat !



Entri kalini macam panjang lebar kan.Tajuk Ghindu ni sebab aku baru dapat text dari Bihah.aku ghindu dia dan kawan kawan yang macam dia.Sentiasa ada dalam jatuh bangun and free dalam tegur pasai apa pun.
Aku perasan,aku dah lama tak ditarbiyah sebab tu lah mereng semacam je lately.
Lailahaillallah.Aku nak balik ya Allah.Bawak aku kembali ya Rabb.

rasanya dah boleh tidoq kot.kata nak lawan tidoq kena tidoq awai.Ramadhan Mubarak !



Sunday, 20 January 2013

Bismillahirrohmaanirrohim.

Astaghfirullahala'zeem.
Ya Allah,bila bermuhasabah, rasa sangat sedih bila memikirkan tentang diri dan dosa-dosa yang lalu.
Terasa sangat bersyukur sebab Allah masih boleh terima hamba Dia yang hina dan tersasar jauh.
InsyaAlllah,aku ingin mencuba dan terus mencuba pada peluang kehidupan kali ini.
Terus-menerus memperjuangkan agama Allah,insyaAllah.
Kuatkan lagi usaha untuk capai mardhotillah,sebab itu satu-satunya peluang untuk berjaya disana nanti.
Allah,Ar-Rahman,Ar-Raheem.
Subhanallah,berkali-kali Allah mengulanginya di dalam Quran Al-Kareem.
Ciptaan Allah hanya untuk hambanya yang berfikir.
Mengalir air mata bila terfikirkan Allah bagi kita/aku peluang untuk berfikir dengan waras.
Alhamdulillah,bersyukur terhadap kurniaanNya.
kepada sahabat se Islam,
Boleh nak enjoy,tapi sampai bila ?
After life memeritkan bagi mereka yang tak percaya dan ambil remeh.
Carilah jalan Allah.
insyaAllah,dipermudahkan.Ameen

Sedap,sangat sedap.
Bila ditiup tak berapa nak kencang,
tapi agak kuat,aku rasa tak mahu berganjak.
Pagi Jumaat yang bermula dengan 
bunyi kokok-kan ayam.
Ayam tak masalah,ayam baik.
Dia kejut orang sembahyang subuh.
Mungkin salah satu function,Allah ciptakan,
bila ayam berkokok.
Memang setiap kali Jumaat aku terasa macam indah,seronok.
Tak sabar nak tunggu Jumaat datang lagi.
Banyak kebaikan yang Allah limpahkan pada Jumaat.
Rugi sangat kalau kita tak grab.
Apa-apa pun, kalau setiap Jumaat,
jangan pulak lupa
Al-Kahfi,insyaAllah.

Thursday, 17 January 2013

aku tersasar,jauh.
Alhamdulillah,aku dapat kembali.
dalam keadaan yang hina tapi Allah tak pernah menolak hambanya.
Percayalah,Allah takkan membiarkan hambaNya sekelip mata.
aku cuba istiqomah.
perkara yang paling susah,adalah istiqomah.
bagi aku,jihad dalam diri sendiri itu jihad yang sebenar.
sedang beristiqomah,
kehidupan,habit yang lama terus memanggil-manggil.
aku tahu pasti ada yang tak kena dengan solat yang didirikan.
kalau solat sempurna,insyaAllah
diri akan sentiasa dekat dengan Allah.
jadi aku tekad untuk memperbaiki.
dari hari ke hari aku menyesali perbuatan/dosa yang dilakukan
mesti diiringi keazaman untuk tak mengulanginya.
kalau malas nak buat solat taubah,memperbanyakkan istighfar.
dah tiga bulan aku mencari diri yang sebenar 
tanpa roh yang selalu mengajak aku ke arah kebaikan
sebab roh tu hanya ada di tempat study aku.
sabariah yang memanggilnya sebagai roh.
ada yang aku dapat kekalkan,ada yang tidak.
sekarang,masa untuk aku usaha lagi.
supaya tak menjadi hambaNya yang lalai dan alpa.
Sebab kehidupan selepas dunia itu pasti,
begitu juga janji Allah kepada hamba-hamba Nya.

Wednesday, 5 December 2012

Allahhu Rabbi

Bismillahirrohmanirrohim

For not mention about long time I didn't update this thing.
ALLAH.the only Rabb.How can I describe it ? It's undescriable.
Far astray we go from Allah,
how many sin did we do in our life.
If we come back and ask for His forgiveness,Allah will forgive us for sure.
In fact that He will love His slave who come back to Him from any other way they/we took before go to Him.
Allahhu Rabb.
Hanya Allah yang tahu siapa aku sebelum bertemunya.Kerana Allah Maha Mengetahui sebelum,semasa dan selepas.
Aku tahu jalan yang aku pilih ini akan menjadi sangat susah untuk aku.
Tapi bila teringatkan balik siapa aku sebelum bertemu Rabbi,banyak bergelumang dengan dosa.
Aku sanggup.
Ujian,mendekatkan aku/kita dengan Allah.
Ustaz aku pernah tanya dekat kitaorang "ujian apa yang paling besar bagi kita?"
Semua orang jawab (miskin,exam,sakit,broke,etc)
tapi jawapan ustaz "kekayaan dan kesenangan"
Then we started to think.Yeah, deeply thinking about the answer ustaz gave to us.
Secara random talking,
orang yang sedang dalam kesenangan dan kekayaan 
*senang boleh jadi sihat,rumah besar dan apa apa saja yang boleh bikin kita happy*
Orang yang mempunyai semua ini,mereka mudah untuk lupa dengan Allah sedangkan Allah give them/us everything.
Lupakan Allah,far astray from Him is the consequence which could lead us to fail facing after life/resurrection
Thanks to Allah because give me/us problems.
sekurang-kurangnya kita selalu memohon dan bergantung kepada Allah dan selalu berasa dekat padaNya.
Beautiful,deeply,indescribable.just an imagination I'm trying to describe about Allah's love to His slave.
Syukur.Alhamdulillah~
Tiada apa yang aku/kita minta selain dari dekat kepadaNya dan selalu ingat kepada Allah.
insyaAllah.
Allahu ya Rabb